journey

journey
Mount Kinabalu

Friday, 9 January 2015

Bola Jaring- Peraturan & Peralatan

BOLA JARING tidak memerlukan banyak peralatan. Sebiji bola yang kecil sedikit dari bola keranjang, tiang gol, 2 pegawai, 7 pemain bagi setiap pasukan dan gelanggang (indoor/outdoor).

Bola
  • ukur lilit...27.28 inci
  • berat...400-450gm
  • diperbuat daripada kulit getah/synthetic leather
  • terdapat dua jenis, bola untuk perlawanan indoor dan outdoor.


Tiang Gol
  • terletak di tengah garisan D
  • tinggi- 10kaki
  • ukuran bulatan tiang gol mengikut diameter...15 inci (380mm)
  • panjang net (horizontal)...6 inci
  • diperbuat daripada besi
  • hendaklah diletakkan dengan teguh agar tidak bergoyang ketika perlawanan berlangsung.

Gelanggang
  • hendaklah keras dan rata.
  • juga boleh dimainkan di kawasan rumput, di kawasan khas (dewan)
  • garisan tepi- 30.5m. garisan gol- 15.25m
  • terbahagi kepada 3 sempadan utama.
  • garisan gelanggang ialah setebal 2 inci.

Pemain
  • pasukan terdiri daripada 7 pemain dan 3 simpanan.
  • setiap pemain punya fungsi tersendiri
  • senarai pemain
    • GK (goal keeper)
    • GD (goal defend)
    • WD (wing defend)
    • C (center)
    • WA (wing attack)
    • GA (goal attack)
    • GS (goal shooter)







No comments:

Post a Comment